fb fb fb fb fb

Olimpik LA 2028: Nicol David bantu skuad skuasy negara realisasi hasrat raih emas

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 31 Oktober -Pengumuman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 16 Oktober lalu mengenai kemasukan Skuasy untuk Olimpik Los Angeles 2028 merupakan berita gembira buat Malaysia.

Sehubungan itu, khidmat bekas jaguh dunia, Datuk Nicol Ann David diperlukan dalam membuat persiapan awal.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah meminta Datuk Nicol bersama ahli Jawatankuasa RTG untuk bekerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk membangunkan pelan strategik dan kolektif.

"Seluruh negara berasa teruja dengan prospek sukan skuasy bagi menyumbang emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

"Oleh hal demikian, banyak perancangan perlu dilakukan dan pihak jawatankuasa telah meminta Datuk Nicol David bagi merangka pelan bagaiman program RTG dapat membantu Skuasy mencapai sasaran", kata Hannah selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa RTG di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini.

Ketika ini, kem skuasy negara dilihat memiliki potensi untuk mencipta sejarah selepas pencapaian memenangi tiga pingat emas di Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD