fb fb fb fb fb

Olimpik: Cabaran The Pocket Rocketman berakhir dalam acara pecut

Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang /Foto BERNAMA

PARIS, 8 Ogos-Cabaran jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam saingan pecut berakhir selepas tidak berupaya melangkah ke suku akhir di sini.

Mohd Azizul gagal melayakkan diri ke suku akhir selepas menduduki tempat ketiga pusingan repechages 1/8, ketinggalan 0.190saat di belakang Mateusz Rudyk dari Poland yang mencatatkan 9.966 saat.

Hanya pemenang saringan kedua akan mara ke suku akhir.

Terdahulu, The Pocket Rocketman terpaksa beraksi dalam repechage selepas tewas kepada Jeffrey Hoogland (9.772s) dari Belanda pada saringan 6 pusingan 1/8.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD