KUALA LUMPUR, 6 Mei - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menetapkan sasaran satu pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Timbalan Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh, sandaran berkenaan seiring aspirasi pelumba berpengalaman Datuk Azizulhasni Awang.
The Pocket Rocketman, secara terbuka menyatakan keinginannya untuk memberikan pingat emas sulung negara dalam penampilan kelima dan terakhir di Sukan Olimpik.
"Seperti yang saya katakan ini adalah aspirasi pelumba itu sendiri. Sasaran utama Datuk Azizul dan selepas perbincangan dengan jurulatih.Itu sebab kami berani berkata untuk menyasarkan satu pingat emas", ujar Amarjit di sini pada Ahad.
Sasaran tersebut akan dibentangkan kepada Majlis Olimpik Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan sebelum sasaran keseluruhan untuk kontinjen Malaysia di Paris ditetapkan.
Selain Datuk Azizulhasni turut berada dalam skuad berbasikal trek ke Paris 2024 adalah Muhammad Shah Firdaus dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.