fb fb fb fb fb

Olimpik 2024: Iraq tempah slot ke Paris

Foto www.the-afc.com

DOHA, 3 Mei - Iraq menempah tempat ke Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan Indonesia pada kejohanan Piala Asia Bawah-23 (B-23) pada penentuan tempat ketiga.

Pada perlawanan berkenaan, Indonesia membuka jaringan menerusi Ivar Jenner pada minit ke-19 yang merembat deras menewaskan penjaga gol Iraq,Hussein Hassan.

Gol tersebut menyalakan harapan pasukan Garuda untuk melayakkan diri buat kali pertama ke sukan Olimpik sejak tahun 1956.

Keghairahan Indonesia padam seketika apabila Iraq menyamakan kedudukan melalui Zaid Tahseen pada minit ke-27 bagi menjadikan kedudukan 1-1 sama.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dan memaksa dilanjutkan sehingga masa tambahan.

Ali Jasim muncul wira pasukan Iraq apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96 bagi menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat masa tambahan.

Iraq bakal menyertai Jepun dan Uzbekistan pada Olimpik di Paris, sementara Indonesia masih berpeluang layak dengan bermain perlawanan 'Playoff' menentang Guinea pada 9 Mei ini.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD