KUALA LUMPUR, 20 Jun-Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berharap mampu menampilkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Olahraga Terbuka Kazakhstan yang akan membuka tirai Ahad ini.
Kejohanan berkenaan merupakan kejohanan terakhir buat Azeem dalam misinya memburu tiket ke Olimpik Paris.
Atlet berusia 20 tahun itu memaklumkan beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada penampilan pertamanya di Kazakhstan.
"Jurulatih pesan jangan terlalu meletakkan banyak tekanan kepada diri sendiri memandangkan saya masih muda. Musim ini, saya memberikan tekanan yang tidak sepatutnya.
"Kadang-kala, saya lupa cara untuk berseronok dan paling penting kenapa saya menyertai sukan ini", katanya ketika ditemui media.
Selepas muncul juara saingan 100 meter di Terbuka Malaysia, ranking Azeem dijangka melonjak daripada 67 ke 57, minggu ini.
Namun hanya atlet 56 terbaik dalam ranking kelayakan akan tiket ke Paris
Justeru, pemegang rekod kebangsaan itu perlu muncul juara di Terbuka Kazakhstan yang akan berlangsung di Almaty, hujung minggu ini.