ATHENS, 27 Jun- Pemandu Toyota, Sebastien Ogier memulakan saingan perlumbaan Rali Acropolis Greece dengan langkah kanan apabila mendahului kedudukan keseluruhan selepas tiga peringkat mencabar berpermukaan kerikil, hari ini.
Juara dunia lapan kali itu mencatat kelebihan 6.1 saat mengatasi pencabar terdekat, Ott Tanak, manakala rakan sepasukan Tanak di Hyundai, Adrien Fourmaux, menduduki tempat ketiga keseluruhan.
Juara bertahan, Thierry Neuville pula berdepan kesukaran apabila tayar hadapan kiri kenderaannya pancit, memaksanya menamatkan peringkat dengan hanya memacu di atas rim, sekali gus menamatkan hari di kedudukan keenam.
Sementara itu, pendahulu kejuaraan Toyota, Elfyn Evans, berada di tempat ketujuh, manakala juara dunia dua kali, Kalle Rovanpera, berada di tempat kelima.-REUTERS