fb fb fb fb fb

Ogier juarai Rali Paraguay, bakal sambar gelaran dunia kesembilan

FOTO AFP

TRINIDAD, 1 September - Pemandu Toyota, Sebastien Ogier, menjuarai edisi pertama Rali Paraguay pada Ahad, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk memburu gelaran dunia kali kesembilan yang akan menyamai rekod sedia ada oleh Sébastien Loeb.

Pemandu berusia 41 tahun dari Perancis itu, yang pada awal musim hanya merancang untuk beraksi secara separuh masa, kini hanya ketinggalan sembilan mata di belakang rakan sepasukan dari Wales, Elfyn Evans. Evans menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan 26.2 saat.

Bagaimanapun, Evans masih melebarkan kedudukan selesa daripada tiga mata selepas pencabar terdekatnya sebelum ini, juara dunia dua kali, Kalle Rovanpera, hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keenam akibat tayar pancit pada Sabtu.

Sementara itu, juara bertahan dari Hyundai, Thierry Neuville, menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE