NEW YORK, 1 September - Pemain pilihan kedua, Carlos Alcaraz, menampilkan aksi bertenaga apabila menewaskan wakil Perancis, Arthur Rinderknech, 7-6(3), 6-3, 6-4 pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat, Ahad.
Alcaraz, yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan selepas mendapatkan rawatan kecederaan lutut pada pusingan ketiga, kembali cergas tanpa masalah apabila mempamerkan 36 pukulan kemenangan dan hanya melakukan 11 'unforced errors' di gelanggang Arthur Ashe Stadium.
Bintang Sepanyol berusia 21 tahun itu akan berdepan pilihan ke-20 dari Republik Czech, Jiri Lehecka, yang menewaskan Adrian Mannarino dari Perancis 7-6, 6-4, 2-6, 6-2.
Dalam aksi wanita pula, naib juara tahun lalu, Jessica Pegula, mara ke suku akhir selepas menyingkirkan rakan senegara, Ann Li, 6-1, 6-2.
Pegula bakal berdepan juara Grand Slam dua kali, Barbora Krejcikova, yang bangkit selepas menyelamatkan lapan mata perlawanan sebelum menundukkan pemain bukan pilihan, Taylor Townsend, 1-6, 7-6(13), 6-3.-REUTERS