fb fb fb fb fb

Obor api Olimpik Paris, mula merentasi Perancis

Foto AFP

MARSEILLE, 9 Mei- Larian obor api sempena Olimpik Paris 2024 telah bermula hari ini, sehari selepas ia tiba dari Greece dengan kapal abad ke-19.

Bekas bintang bola sepak Perancis, Basile Boli membawa obor api dari sebuah gereja yang megah di bandar pelabuhan selatan Marseille.

Kemudian, obor api itu diserahkan kepada Colette Cataldo, 83 tahun, salah seorang pembawa obor Perancis.

“Itu benar-benar membuatkan jantung berdegup kencang dan ia hebat."

"Ia adalah api Olimpik, ia adalah simbol sukan dan hidup bersama,” kata Boli selepas menyerahkan obor.

Obor itu memulakan perjalanan selama 11 minggu ke seluruh negara dengan kira-kira 10,000 pembawa, melalui lebih 450 bandar sehingga upacara pembukaan sukan itu di Paris pada 26 Julai.

Penganjur sukan berharap agar acara pembukaan sukan berprestij itu dapat membangkitkan keterujaan peminat sukan seluruh dunia, selain menutup pertikaian berhubung isu harga tiket sukan Olimpik dan aspek keselamatan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM