fb fb fb fb fb

Newcastle ikat Ramsey

Newcastle United sah mengikat pemain Aston Villa, Jacob Ramsey/Foto /www.newcastleunited.com

LONDON, 18 Ogos – Kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United mengumumkan menandatangani pemain Aston Villa, Jacob Ramsey. Aston Villa,

Kehadiran Ramsey menjadikannya pemain keempat dibawa ke skuad utama Mgpies musim ini.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak jangka panjang di St. James’ Park.

Namun kelab tidak mendedahkan tempoh kontrak mahupun jumlah sebenar perpindahan.

Media Britain melaporkan Newcastle membayar £39 juta pound (RM244 juta) dengan tambahan sehingga £4 juta pound (RM25 juta) bergantung kepada prestasi.

Ramsey, produk akademi Villa, membuat 167 penampilan bersama kelab lamanya.

Musim lalu, meskipun dilanda kecederaan hamstring, beliau sempat bermain 46 perlawanan termasuk 10 aksi Liga Juara-Juara, kebanyakannya sebagai pemain gantian.

Newcastle menamatkan musim lalu dengan menyingkirkan Villa daripada slot Liga Juara-Juara, sebelum kedua-dua pasukan membuka kempen baharu dengan keputusan seri 0-0.

“Ia memang beberapa hari yang gila, tetapi saya sangat gembira berada di sini dan tidak sabar untuk memulakan aksi,” kata Ramsey menerusi laman rasmi kelab.

Selain Ramsey, Newcastle turut membawa masuk Anthony Elanga, Aaron Ramsdale dan Malick Thiaw, walaupun berdepan kesukaran mendapatkan sasaran utama lain.

Jurulatih Eddie Howe menyifatkan Ramsey sebagai tambahan penting buat Mgpies.

“Dia memiliki kualiti berbeza, masih muda dan lapar untuk berkembang, tetapi sudah berpengalaman luas dalam Liga Perdana.”

Ramsey juga merupakan anggota skuad England Bawah-21 yang menjuarai Kejohanan Eropah 2023, bersama rakan sepasukan baharunya, Anthony Gordon. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD