fb fb fb fb fb

Clausura Argentina: Benam Godoy, River Plate kekal terajui Kumpulan B

Foto REUTERS

BUENOS AIRES, 18 Ogos – Sebastian Driussi dan Giuliano Galoppo masing-masing meledak dua gol untuk membantu River Plate mencatat kemenangan 4-2 ke atas Godoy Cruz dalam saingan Clausura Argentina.

Kemenangan berkenaan sekali gus mengukuhkan kedudukan River Plate di puncak Kumpulan B.

River Plate bermula garang di Estadio Monumental apabila membuka jaringan seawal minit ke-4 menerusi Driussi.

Namun, Godoy Cruz pantas menyamakan kedudukan lima minit kemudian hasil jaringan Agustin Auzmendi.

Galoppo mengembalikan kelebihan buat River Plate pada minit ke-19, tetapi penalti Auzmendi sekali lagi mengikat kedudukan 2-2 selepas Lautaro Ruben Rivero Cruz melakukan kekasaran di dalam kotak penalti.

Galoppo meletakkan River Plate kembali di depan selepas menanduk masuk gol ketiga hasil sepakan sudut.

Manakala Driussi melengkapkan kemenangan bergaya River Plate dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-49.

Kemenangan itu meletakkan River Plate di tangga teratas Kumpulan B dengan 11 mata selepas lima perlawanan, manakala Godoy Cruz terus bergelut di kedudukan ke-14 dengan hanya tiga mata. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD