fb fb fb fb fb

Espanyol kejutkan Atletico, Bilbao tundukkan Sevilla dalam aksi dramatik La Liga

Aksi para pemain Atletico Madrid selepas tamat permainan menentang Espanyol/Foto AFP

MADRID, 18 Ogos - Skuad kendalian Diego Simone, Atletico Madrid menerima tamparan awal dalam usaha memburu kejuaraan La Liga musim ini selepas tewas mengejut kepada Espanyol 2-1 awal pagi tadi.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium RCDE itu, Atletico yang bertandang sebagai pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-37 menerusi sepakan percuma menarik Julian Alvarez.

Pasukan tuan rumah, Espanyol berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 asil jaringan Miguel Rubio.

Pere Milla muncul wira Espanyol apabila menanduk masuk hantaran Omar El Hilali pada minit ke-84.

Dalam aksi lain, Athletic Bilbao turut mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Sevilla di San Mames.

Bilbao mendahului 2-0 hasil penalti Nico Williams dan rembatan Maroan Sannadi, namun Sevilla bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Dodi Lukebakio dan Lucien Agoume.

Bagaimanapun, Robert Navarro memastikan tiga mata buat Bilbao apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD