fb fb fb fb fb

New York Mets tundukkan Philadelphia Phillies dalam aksi MLB

New York Mets tundukkan Philadelphia Phillies dalam aksi MLB/ REUTERS

NEW YORK, 26 Ogos – Mark Vientos meneruskan kebangkitan prestasi apabila menghasilkan pukulan berganda (RBI double) yang memecah kebuntuan pada inning kelima, sekali gus membantu New York Mets menundukkan Philadelphia Phillies dalam aksi MLB pada Isnin.

Luis Torrens menambah derita pasukan pelawat apabila melakukan pukulan home run tiga larian pada inning ketujuh ke atas pelempar gantian, Jordan Romano. Torrens turut menyamai rekod peribadi dengan lima RBI dalam perlawanan tersebut.

Jose Castillo (1-2) menjadi salah seorang daripada lima pembaling gantian Mets yang berjaya mengekang Phillies daripada menambah jaringan.

Sementara itu, pembaling Phillies, Cristopher Sanchez (11-5), berdepan aksi hambar apabila melepaskan enam larian (lima daripadanya diperoleh) serta membenarkan lapan pukulan dalam 5 1/3 inning – rekod terburuk musim ini.

Alec Bohm pula mencatat pukulan tunggal dua larian untuk Phillies pada inning ketiga.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI