BUENOS AIRES, 26 Ogos – River Plate diikat Lanus 1-1 dalam aksi Kejuaraan Clausura Argentina pada Isnin selepas Rodrigo Castillo meledak gol penyamaan pada masa kecederaan sekali gus menafikan kemenangan pasukan pelawat.
Gonzalo Montiel terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-77 melalui penyudah mudah selepas Giuliano Galoppo menanduk hantaran sepakan sudut ke arah gawang.
Namun, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan secara dramatik apabila Alexis Canelo menghantar bola lintang dari sebelah kanan sebelum Castillo menyempurnakan peluang dengan tenang.
River kekal mendahului Kumpulan B dengan 12 mata selepas enam perlawanan, manakala Lanus berada di tangga kelima dengan 10 mata.
Selepas ini, River akan memberi tumpuan kepada aksi pusingan 16 Copa Argentina menentang Atletico Union pada Khamis, manakala Lanus bakal bertemu Velez Sarsfield dalam saingan Clausura pada Sabtu.- REUTERS