fb fb fb fb fb

Neuer utamakan kepentingan peribadi mengatasi kelab- Pengarah Sukan Bayern

(Pengarah Sukan Bayern Munich Hasan Salihamidzic / FC BAYERN)

BERLIN, 5 Februari- Pengarah Sukan Bayern Munich Hasan Salihamidzic kecewa dengan Manuel Neuer, dan menyifatkan kapten pasukan itu mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding kelab.

Kenyataan itu, yang berkaitan dengan wawancara Neuer dengan media Sueddeutsche Zeitung dan The Athletic, adalah yang terbaru dalam perang mulut antara kelab dan ketua pasukannya.

Neuer, yang kini cedera akibat patah kaki akibat kemalangan ski pada Disember, mengkritik keputusan kelab itu memecat jurulatih penjaga gol Toni Tapalovic.

Bercakap dengan tabloid Jerman Bild pada Ahad, Salihamidzic berkata: "Saya faham Manuel terkesan secara peribadi, tetapi sebagai kapten saya akan mengharapkan sikap berbeza daripadanya.

“Manuel telah meletakkan kepentingan peribadinya mengatasi kepentingan kelab.

"Kami akan berbincang mengenainya secara dalaman." -AFP


(Ketua Pasukan Bayern Munich, Manuel Neuer / AFP)

Media Baharu