fb fb fb fb fb

Courtois pula cedera, Ancelotti pening kepala

(Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois berbincang dengan pegawai
perubatan pasukan ketika sesi pemanas badan / AFP)

PALMA, 5 Februari- Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois terpaksa diketepikan pada aksi La Liga menentang Real Mallorca selepas dilaporkan mengalami kecederaan paha ketika sesi pemanas badan sebelum perlawanan.

Penjaga gol asal Ukraine Andriy Lunin menggantikan pemain antarabangsa Belgium itu dalam kesebelasan utama.

Ia jelas membimbangkan pengendali pasukan, Carlo Ancelotti berikutan Real Madrid sudahpun kehilangan beberapa  pemain utama.

Ketika aksi menentang Valencia pada Khamis, Karim Benzema dan Eder Milotao turut mengalami kecederaan.

Eden Hazard mengalami kecederaan lutut pada hari Sabtu yang akan menghalangnya untuk beraksi dalam beberapa minggu, manakala Ferland Mendy dan Lucas Vazquez juga tidak bermain.

Pemain pertahanan David Alaba kembali ke bangku simpanan ketika menentang Mallorca selepas terlepas lapan perlawanan kerana masalah betis.

Madrid memulakan perlawanan menentang Mallorca lima mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona.

Skuad kendalian Ancelotti itu menentang pasukan Mesir, Al Ahly pada separuh akhir Piala Kelab Dunia pada Rabu di ibu negara Maghribi, Rabat. -AFP


(Carlo Ancelotti / AFP)

Media Baharu