fb fb fb fb fb

Malaysia bakal sertai 11 negara lain dalam Asia Rugby Grand League (ARGL)

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Kejohanan sulung Asia Rugby Grand League (ARGL) dijadual berlangsung pada 2024 dengan Malaysia dijangka menjadi salah satu daripada pasukan yang bertanding.

Kenyataan dilaman web rasmi Ragbi Asia menyebut, sebanyak 12 negara menyertai mesyuarat rundingan yang diadakan secara fizikal dan maya.


(Presiden Ragbi Asia, Qais Al Dhalai (tengah) semasa mesyuarat rundingan yang diadakan secara fizikal dan maya)

Satu Jawatankuasa diketuai Presiden Ragbi Asia, Qais Al Dhalai juga dibentuk bagi membincangkan konsep dan format awal kejohanan.

Menurut Qais, ARGL akan bermula dengan empat pasukan bertaraf kelab dan meningkat kepada 12 pasukan menjelang kejohanan Piala Dunia Ragbi 2027 di Australia.

Tambah beliau, saingan ini diadakan bagi mewujudkan liga kelab ragbi bertaraf dunia dan meningkatkan mutu serta nilai komersial kejohanan ragbi di Asia.

ARGL akan menggunakan teknologi inovatif termasuk kecerdasan buatan (AI) disamping bekerjasama dengan rakan komersial antarabangsa dan tempatan bagi mendapatkan pembiayaan diperlukan termasuk hak penyiaran.

Kesatuan Ragbi Malaysia antara yang berkongsi input dan pengalaman dalam mesyuarat rundingan tersebut selepas menghantar pasukan Malaysia Valke di Kejohanan Asia Global Rapid Rugby pada 2019 dan 2020.

Media Baharu