fb fb fb fb fb

Navarro cipta kejutan, tundukkan Swiatek

Pemain Amerika Syarikat, Emma Navarro /FOTO Reuters

BEIJING, 2 Oktober - Wakil Amerika Syarikat, Emma Navarro melakar kejutan menundukkan pilihan utama, Iga Swiatek, 6-4, 4-6, 6-0 dalam aksi pusingan keempat Terbuka China, di sini.

Navarro yang menghuni ranking ke-16 dunia, mendominasi set penentuan dengan penampilan agresif untuk menamatkan perlawanan dalam tempoh dua jam 30 minit.

Kemenangan ini merupakan yang pertama buat Navarro ke atas Swiatek dalam tiga pertemuan mereka, serta pencapaian pertamanya ke suku akhir kejohanan WTA 1000 musim ini.

Selepas ini, Navarro akan bertemu rakan senegara, Jessica Pegula yang juga pilihan kelima kejohanan.

Pegula mara ke suku akhir selepas mengatasi pemain Ukraine, Marta Kostyuk, 6-3, 6-7(4), 6-1.

Sementara itu, pemain Britain, Sonay Kartal turut mencatatkan kejayaan mengejut apabila menyingkirkan pilihan keempat dari Rusia, Mirra Andreeva, 7-5, 2-6, 7-5.

Kartal akan berdepan pilihan ke-26, Linda Noskova dari Republik Czech, yang mara selepas menundukkan Anastasia Potapova dari Rusia 6-2, 6-4. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN