KUALA LUMPUR, 2 Oktober - Selangor FC tewas 2-4 ke atas pasukan Lion City Sailors dari Singapura dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia 2 (ACL2) di Stadium Bishan, malam tadi.
Ini menyaksikan kekalahan kedua-dua berturut-turut skuad The Red Giants dalam kempen berkenaan.
Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ketujuh hasil tandukan Anderson Lopes, sebelum dia menambah gol kedua enam minit berselang.
Selangor kemudian meraih sepakan penalti yang disempurnakan Chrigor Moraes pada minit ke-37.
Seakan tidak puas, Lopes melengkapkan hatrik pada masa kecederaan babak pertama.
Tidak cukup dengan itu, Lopes turut membolot gol keempat selepas rehat untuk meletakkan pasukan selesa mendahului 4-1.
Minit ke-73, Skuad kendalian Pemangku Ketua Jurulatih, Christophe Gamel cuba merapatkan defisit jaringan dengan ledakan Faisal Halim, namun ia tidak berupaya merubah keputusan perlawanan.
Catatan 4-2 kekal hingga wisel penamat.
Kekalahan itu bermakna Selangor kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata, manakala Lion City naik ke kedudukan teratas berkongsi empat mata dengan Persib Bandung.
Menanti The Red Giants selepas ini, Persib Bandung bagi aksi ketiga kumpulan dijadualkan pada 23 Oktober.