fb fb fb fb fb

ACLE: Ulsan HD, Shanghai Shenhua terikat

Luis Asue membuka tirai jaringan /FOTO Reuters

SHANGHAI, 2 Oktober - Ulsan HD dan Shanghai Shenhua terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite.

Tuan rumah kendalian Leonid Slutsky terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Luis Asue pada minit ke-48.

Asue menyudahkan hantaran lintang Joao Teixeira yang terkena pertahanan, sebelum rembatan deras menewaskan penjaga gol Ulsan, Jo Hyeon-woo.

Namun begitu, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Ulsan berjaya menyamakan kedudukan 15 minit kemudian.

Gustav Ludwigson menyempurnakan hantaran voli tepat ke penjuru gawang melepasi penjaga gol, Xue Winghao.

Ulsan sebelum ini membuka kempen ACL dengan kemenangan ke atas Chengdu Rongcheng.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan terus bersaing sengit dalam zon Asia Timur.

Lapan pasukan teratas daripada 12 pasukan dalam liga peringkat kumpulan dari Zon Asia Timur dan Asia Barat akan mara ke pusingan kalah mati yang dijadual bermula pada Mac nanti. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN