fb fb fb fb fb

Napoli ungguli Serie A, menang tipis kepada Pisa 3-2

Foto AFP

NAPLES, 22 September – Napoli kekal menerajui Serie A selepas mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas pasukan baharu, Pisa, dalam aksi penuh mendebarkan di Stadio Diego Armando Maradona, semalam.

Kemenangan hadir menerusi Lorenzo Lucca pada minit ke-82, selepas kedua pasukan seakan harus berpuas hati pulang dengan mata seri.

Gol tersebut memastikan Napoli meraih tiga mata penuh dan mengekalkan rekod kemenangan selepas empat perlawanan liga, dengan 12 mata terkumpul, 2 mata mendahului Juventus dan tiga mata mengatasi Roma serta AC Milan.

Walaupun Napoli dilihat tampil kurang meyakinkan susulan kekalahan 2-0 kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara pada Khamis lalu, pasukan bimbingan Antonio Conte bangkit mencatat kemenangan penting dengan Billy Gilmour dan Leonardo Spinazzola turu menyumbatkan gol.

Kekalahan ini menyaksikan Pisa mereka kekal di kedudukan kedua tercorot liga dengan hanya satu mata.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN