fb fb fb fb fb

Napoli, De Bruyne sasar permulaan positif menentang City

Kevin De Bruyne / Foto Reuters

NAPLES, 18 September – Kevin De Bruyne dan Napoli giat menjalani persiapan menjelang aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Manchester City di Stadium Etihad, pada Khamis.

Pemain tengah Belgium itu, yang meraih 19 trofi sepanjang 10 tahun bersama City, bakal membuat kepulangan pantas ke Manchester selepas menyertai Napoli pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte yang pernah mengendalikan Chelsea dan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris, mengakui beliau turut mendapatkan pandangan De Bruyne sebagai rujukan menghadapi bekas pasukan bintang itu.

“Kepulangan De Bruyne menambah elemen emosi, namun tumpuan utama kami ialah memulakan kempen dengan keputusan positif,” katanya.

Dengan kedua-dua pasukan berazam mengutip tiga mata pertama, pertemuan tersebut dijangka berlangsung sengit dan penuh dramatik. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN