fb fb fb fb fb

Liga Juara-Juara: PSG tundukkan Atalanta 4-0

Paris Saint-Germain (PSG) memulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini dengan penuh bergaya apabila menewaskan Atalanta 4-0 di Parc des Princes, awal pagi tadi / Foto Reuters

PARIS, 18 September – Paris Saint-Germain (PSG) memulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini dengan penuh bergaya apabila menewaskan Atalanta 4-0 di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Marquinhos meledak gol seawal minit ketiga sebelum Khvicha Kvaratskhelia, Nuno Mendes dan pemain gantian Goncalo Ramos menambah jaringan untuk memastikan kemenangan selesa juara bertahan itu.

Bradley Barcola gagal menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung babak pertama, namun ia tidak menjejaskan rentak PSG yang kekal dominan selepas menewaskan Inter Milan 5-0 dalam perlawanan akhir musim lalu.

Jurulatih Luis Enrique menyifatkan kemenangan itu sebagai “layak” dan memuji aksi terbaik yang ditampilkan pasukannya, manakala pengendali Atalanta, Ivan Juric, mengakui anak buahnya gagal memanfaatkan peluang yang dimiliki.

PSG seterusnya akan bertandang ke Camp Nou menentang Barcelona pada 1 Oktober, sementara Atalanta akan menerima kunjungan Club Brugge sehari sebelumnya. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN