fb fb fb fb fb

Namibia dibelasah Itali ditempat sendiri

Foto AFP

WINDHOEK, 28 Jun - Pemain full-back Itali, Jacopo Trullo berjaya membantu pasukannya membelasah Namibia 73-6 dalam perlawanan pemanas badan menjelang siri dua Ujian menentang Afrika Selatan, pada Jumaat.

Skuad pelawat berada di hadapan seawal minit ketiga menerusi try penalti yang turut menyebabkan hooker Namibia, Louis van der Westhuizen, dilayangkan kad kuning dan dikenakan sin bin.

Fly-half Namibia, Tiaan Swanepoel, menyumbang dua sepakan penalti untuk merapatkan kedudukan kepada satu mata selepas 15 minit permainan di Stadium Hage Geingob.

Namun, itu merupakan mata terakhir yang berjaya dikutip pasukan tuan rumah.

Itali mula menguasai permainan sepenuhnya selepas itu, dengan Trullo, inside centre Leonardo Marin, winger Simone Gesi dan outside centre Tommaso Menoncello masing-masing melakukan try dalam separuh masa pertama.

Fly-half Giacomo Da Re berjaya menyempurnakan empat daripada lima sepakan konversion, memberikan Itali kelebihan selesa 40-6 menjelang waktu rehat.

Separuh masa kedua turut menyaksikan corak permainan sama apabila Itali terus mendominasi.

Mereka menambah try daripada scrum-half Alessandro Fusco, pemain gantian Mirco Spagnolo dan Stephen Varney, serta satu lagi try oleh Trullo.

Itali melengkapkan kemenangan bergaya mereka dengan satu lagi penalti try penalti, ditambah tiga konversion pada babak kedua.

Dengan kemenangan tersebut, Itali kini bersedia untuk berdepan juara dunia Afrika Selatan dalam siri ujian dua perlawanan yang bakal berlangsung pada 5 Julai di Pretoria, manakala perlawanan kedua akan berlangsung di Gqeberha pada 12 Julai. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN