MADRID, 8 Disember- Pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal nampaknya masih belum mahu menggantung raket pada musim depan walaupun pernah mendedahkan yang dirinya akan bersara pada penghujung 2024.
Raja Tanah Liat itu berkata, adalah tidak masuk akal untuk yang mengatakan 2024 bakal menjadi musim terakhirnya.
Juara Grand Slam sebanyak 22 kali itu akan kembali ke gelanggang selepas pulih daripada kecederaan yang dialaminya dengan menyertai kejohanan pemanas badan di Terbuka Australia bulan depan.
“Terdapat setiap peluang bahawa ia akan menjadi tahun terakhir saya dan saya akan menikmati kejohanan dengan cara itu,” kata Nadal dalam video yang disiarkan di akaun media sosialnya.
“Saya tidak mahu mengumumkannya kerana akhirnya saya tidak tahu apa yang boleh berlaku dan saya perlu memberi peluang kepada diri sendiri untuk tidak mengatakan satu perkara kerana saya akan menjadi hamba kepada apa yang saya katakan.
“Saya fikir ia akan menjadi seperti itu tetapi saya tidak boleh yakin 100 peratus kerana saya telah bekerja keras untuk kembali bersaing dan jika tiba-tiba keadaan dan fizikal saya membenarkan saya meneruskan dan menikmati apa yang saya lakukan, mengapa saya akan menetapkan tarikh akhir?
"Saya rasa ia tidak masuk akal."
Nadal mengesahkan penyertaannya di Terbuka Australia pada Khamis, menjelang permulaan kejohanan Grand Slam pertama tahun ini pada 14 Januari.
Pemain Sepanyol itu tidak bermain sejak tewas pusingan kedua kepada MacKenzie McDonald dari Amerika di Melbourne Park 11 bulan lalu.
Nadal terpaksa menempuhi dua kali pembedahan selepas bergelut dengan kecederaan pinggul dan telah tergelincir ke kedudukan ke-664 dalam ranking dunia semasa tempoh pemulihannya.-AFP