fb fb fb fb fb

Nadal bertemu Djokovic di pusingan suku akhir tenis Terbuka Perancis

PARIS, 30 Mei- Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal berjaya bangkit daripada tentangan sengit pemain Kanada, Felix Auger Aliassime dalam kejohanan tenis Terbuka Perancis.

Perlawanan menyaksikan Nadal berhempas pulas menggandakan asakan selepas ketinggalan 3-6, 6-3, 6-2, 3-6 dan 6-3 dalam masa empat jam 21 minit.

Nadal bakal bertemu pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic di peringkat suku akhir.

Ini merupakan kali ketiga daripada 112 perlawanan Nadal diheret ke set kelima di Rolland Garros.


(Syot layar AFP)

Nadal berjaya mengatasi pemain pilihan kesembilan itu untuk mendapat sorokan gemuruh penonton di akhir perlawanan.

Namun, beliau kini perlu fokus untuk pulih secepat mungkin berdepan Djokovic untuk kali ke-59.

Tahun lalu, Nadal tewas di tangan Djokovic di peringkat separuh akhir.

Djokovic mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Argentina, Diego Schwartman.

Sementara itu, seorang lagi pemain pilihan, Alexander Zverev juga mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Sepanyol, Bernabe Zapa Miralles, 7-6, 7-5 dan 6-3.

Zverev akan bertemu Carloz Alcaraz yang menewaskan Karen Kachanov sebelum itu.

Dalam kategori wanita, Sloane Stephens berjaya mengatasi pemain pilihan ke-23, Jil Teichman, 6-2, 6-0 untuk bertemu rakan senegara, Coco Gauff di suku akhir.

Stephens berjaya mara ke separuh akhir di Paris untuk kali ketiga.

Ini pertemuan kedua Gauff dan Stephens selepas mereka bertemu di pusingan kedua di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu yang dimenangi oleh Stephens.

Media Baharu