fb fb fb fb fb

Hoki Piala Asia: Seri dengan India, Malaysia perlu menang berdepan Jepun

JAKARTA, 30 Mei - Misi skuad kendalian Arul Selvaraj memburu kedudukan dua teratas bagi menempah tiket ke final tampak sukar selepas sekadar seri tiga sama menentang India.

Skuad 'Speedy Tigers' kini mengumpul dua mata hasil dua keputusan seri termasuk ketika menentang Korea Selatan.

Aksi di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu menyaksikan pakar flick, Muhammad Razie Abd Rahim menyumbang dua gol awal buat pasukan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12 dan 21.

India bagaimanapun kembali bangkit menyumbat dua gol menerusi Vishnukant Singh dan Sowmarpet Vitalacharya Sunil pada minit ke-32 dan ke-53.

(Malaysia 3-3 India dalam perlawanan Hoki Piala Asia 2022/FOTO Malaysian Hockey Confederation)

Kem negara terus tersentak dengan jaringan ketiga india menerusi Nilam Sanjeep Xess, dua minit berselang.

Razie Rahim memastikan keputusan itu tidak kekal lama selepas jaringan hatrik beliau kembali menyamakan kedudukan.

Ketinggalan 2-3 langsung tidak mematahkan semangat anak-anak buah A. Arulselvaraj yang bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-56 selepas dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti.

Malaysia akan bertemu Jepun dengan misi memastikan kemenangan diraih bagi mengesahkan slot di pentas final Piala Asia pada aksi terakhir pusingan “Super 4” pada Selasa pukul 5.00 petang waktu Malaysia.

Media Baharu