fb fb fb fb fb

Kejuaraan Motosikal Asia: Zaqhwan Zaidi, Adam Noroddin naik podium

SEPANG, 30 Mei - Pelumba Jepun, Haruki Noguchi menguasai perlumbaan kedua kelas Asian Superbike 1000cc di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dengan catatan 25 minit 44.793 saat.

Penunggang jentera honda CBR 1000 RR-R dari pasukan SDG Motor Sports itu nyata sukar digugat, dengan memenangi perlumbaan berkelebihan empat saat.

Pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing, Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba terbaik negara selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-2.

Wakil One-XOX TKKR Team, Adam Noroddin ke-3, manakala Juara perlumbaan pertama, Kasma Daniel Kasmayudin berakhir di tempat ke-4

Manakala bagi Saingan SuperSport 600cc pula dikuasai pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Team, Md Helmi Azman yang menunggang jentera Honda CBR 600 RR.

Pelumba berusia 23 tahun itu bersaing sengit bersama pelumba Indonesia, Andi Farid Izdihar sebelum terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan kelebihan cuma 0.08 SAAT.

Bekas pelumba Moto 2 negara, Khairul Idham Pawi yang juga rakan sepasukan Helmi meraih kedudukan ke-3.

Pusingan ketiga ARRC dijadual berlangsung di litar Sugo Jepun pada Ogos depan.

Media Baharu