fb fb fb fb fb

MUSA kini dikenali sebagai MAFA

(Presiden MAFA, Datuk Nur Azmi Ahmad ditemu bual media selepas Majlis Pelancaran dan
Undian Rasmi Gavenor Cup 2022, di Ayer Keroh, Melaka)  

AYER KEROH, 15 November - Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) kini dikenali sebagai Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) berkuat kuasa serta merta.

Menurut Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad, penjenamaan itu bertujuan untuk memberi wajah baru liga bola sepak Melaka.

Seiring dengan perubahan itu katanya, skuad Melaka United FC juga akan dikenali sebagai Melaka FC selepas ini.

Menerusi perubahan ini, beliau yakin ia dapat menyuntik semangat pemain sekaligus membawa skuad itu kembali ke Liga Super musim 2024 nanti.

"Saya tak nampak MUSA itu adalah satu jenama yang boleh membangunkan atau menaikkan nama Melaka dan saya mencuba yang terbaik, jenama sebenarnya tak penting, dari segi pentadbiran itu lagi penting daripada jenama, kalau kualiti pentadbiran itu berjalan lancar saya rasakan kita dalam ada setahun sahaja kita menanti kita dah 2024, kita masuk ke Liga Super," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Undian Rasmi Gavenor Cup 2022, di sini malam tadi.


(Foto FB Melaka United FC)

Mengulas lanjut katanya, barisan pemain bagi Melaka FC akan mengutamakan pemain tempatan khususnya anak Melaka.

Pencarian akan dilakukan menerusi liga tempatan seperti Kejohanan Bolasepak Governor Cup 2022 yang akan dianjurkan bermula 26 November hingga 1 Januari 2023.

Sebanyak 17 pasukan akan terlibat dalam kejohanan tersebut.

Media Baharu