fb fb fb fb fb

Datuk Hamidin dipilih selaku Ahli Majlis AFF

(FOTO FB Football Association of Malaysia)

SIEM REAP, 14 November- Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjadi salah seorang yang dipilih sebagai Ahli Majlis AFF untuk penggal 2022-2026 yang disahkan dalam Kongres Biasa AFF ke-29 di Siem Reap, Kemboja hari ini.

Empat lagi yang turut dipilih menjadi Ahli Majlis AFF ialah Chris Nikou (Australia), Viphet Sihachakr (Laos), Ko Ko Thein (Myanmar) dan Thanasak Suraprasert (Thailand).

Jawatan Presiden AFF pula menyaksikan penyandang, Mejar Jeneral Khiev Sameth menang tanpa bertanding untuk penggal keduanya.

“Kami terus mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF di bawah kepimpinan Sameth agar AFF dapat membantu ahli gabungannya menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara.

“Saya akan terus memastikan suara Malaysia sentiasa didengari di peringkat Asia Tenggara.Saya mempunyai sebab tersendiri iaitu untuk tidak bertanding merebut jawatan yang lebih tinggi kerana apa yang paling utama buat saya ialah Negara Malaysia,” kata Datuk Hamidin sejurus tamat kongres.

Turut hadir, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman.


(FOTO FB Football Association of Malaysia)

Media Baharu