(Lewis Hamilton (kiri) dan pemenang George Russell meraikan kemenangan/AFP)
SAO PAULO, 14 November- George Russell memenangi perlumbaan Formula 1 Grand Prix Sao Paulo apabila tiba di garisan penamat di hadapan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton ketika pasukan Mercedes menamatkan kemarau gelaran dengan kemenangan 1-2.
Russell, 24, mengetepikan tekanan Hamilton untuk menamatkan perlumbaan 1.529 saat di hadapan juara tujuh kali itu.
Ia merupakan kemenangan pertamanya di Sao Paulo dan ke-81 sepanjang karier.
"Ini baru permulaan," kata Russell.
"Perasaan yang luar biasa," tambah Russell yang penuh emosi selepas turun dari keretanya. "Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan untuk menjayakan perkara ini.
"Lewis meletakkan saya di bawah banyak tekanan," katanya.
Ia adalah kemenangan pertama Mercedes musim ini.
Hamilton, pemenang rekod 103 Grands Prix, menambah kegembiraan Mercedes selepas musim yang mengecewakan.
“Tahniah kepada pasukan dan terima kasih ini adalah keputusan yang menakjubkan,” katanya.
Pemandu Ferrari, Carlos Sainz menduduki tempat ketiga di hadapan rakan sepasukan, Charles Leclerc manakala juara dua kali, Fernando Alonso menamatkan perlumbaan di tempat kelima untuk Alpine.
Juara dua kali Max Verstappen pula menduduki tempat keenam untuk Red Bull. -AFP
(Russell raih gelaran pertama Grand Prix Sao Paulo/AFP)