fb fb fb fb fb

MUFC layak ke suku akhir Piala FA

KRUBONG,MELAKA, 15 Mei- Pengendali interim Melaka United FC (MUFC), Mohd Asri Ninggal berpuas hati dengan prestasi pasukannya dalam aksi menentang PJ City FC malam tadi sekaligus melayakkan pasukan melangkah ke suku akhir Piala FA.

Menurutnya, kemenangan menentang Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super 6 Mei lalu, nyata tidak menghilangkan fokus pemain.

Bagaimanapun, beliau masih mengharapkan pemain import dapat membantu memantapkan taktikal permainan pada perlawanan seterusnya nanti.

“Saya harus memberi kredit kepada mereka kerana bermain mengikut apa yang dirancang. Sebelum ini kita dah lihat bagaimana mereka bermian sewaktu menentang Kedah dan semua bermain mengikut taktikal walaupun kita seri satu sama tetapi pemain masih lagi fokus dan akhirnya kita menang 2-1,"katanya.


( Pengendali interim Melaka United FC (MUFC), Mohd Asri Ninggal)

Sementara itu pengendali PJ City FC, P. Maniam tidak kecewa dengan prestasi anak buahnya walaupun tewas 1-2 kepada skuad Sang Kancil.

Jelas beliau, anak buahnya sudah memberi persembahan terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

“Malangnya saya rasa Melaka bermain dengan sangat baik dan PJ City ada mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol tapi kita tak berjaya," katanya.


(Pengendali PJ City FC, P. Maniam)

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam tadi, MUFC membuka tirai jaringan pada minit ke 11 menerusi Sony Norde.

Beberapa cubaan gol oleh pasukan pelawat gagal menembusi gawang tuan rumah.

Babak kedua perlawanan, PJ City FC menyamakan kedudukan pada minit ke 50 hasil tandukkan Dareen Lok.

Namun, Skuad Sang Kancil kembali ke depan lima minit kemudian selepas Andriano Narcizo berjaya menolak masuk gol kedua pasukan.

Keputusan 2-1 itu sekaligus melayakkan MUFC melangkah ke suku akhir Piala FA.


(FOTO FB Melaka United Football Club)

 

Media Baharu