fb fb fb fb fb

Lewandowski sah tinggalkan Bayern Munich

BERLIN, 15 Mei- Robert Lewandowski sahkan mahu meninggalkan Bayern Munich musim ini.

Ini juga selepas beliau menerima tawaran kontrak tiga tahun bersama Barcelona.

Penyerang berusia 33 tahun itu mencipta gol ke-35 dalam liga musim ini, dan seri 2-2 berdepan Wolfsburg pada minggu terakhir aksi Bundesliga sebelum mengeluarkan kenyataan mengejutkan itu.

"Ia mungkin perlawanan terakhir saya bersama Bayern. Saya tidak boleh katakan 100 peratus, tetapi ia mungkin. Kami perlu mencari penyelesaian terbaik buat kelab dan saya," katanya secara langsung menerusi Viaplay.

(Penyerang  Bayern Munich, Robert Lewandowski. /AFP)

Lewandowski mengesahkan kepada Sky bahawa dia sudah memberitahu pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic untuk tidak menyambung kontraknya yang akan tamat pada 2023.

"Saya masih ada kontrak satu tahun, tapi kami perlu mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak," kata bintang Poland itu.

Pemenang dua kali berturut-turut Pemain Lelaki Terbaik FIFA itu sudah memenangi semua gelaran sejak menyertai Bayern pada 2014, termasuk lapan gelaran Bundesliga.

Secara keseluruhan dia menang 10 gelaran liga Jerman termasuk dua bersama bekas kelabnya, Dortmund. Dia juga merangkul Liga Juara-Juara pada 2020. -AFP

Media Baharu