PETALING JAYA, 28 September - Kejohanan Boling Tenpin Antara Negeri ke-36 merupakan platform penting melahirkan bakat baharu, serta mengukur prestasi atlet kebangsaan.
Presiden Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) Datuk Mohammed Najeeb Abdullah berkata, penganjurannya juga dapat membantu melahirkan atlet bertaraf dunia.
“Nampaknya semua pasukan yang bertanding bersiap sedia mempamerkan mutu boling yang tinggi.
"Kita harapkan dapat melahirkan ramai bakat-bakat baharu daripada kejohanan ini," katanya.
Selain itu, kejohanan berkenaan turut menjadi pentas pemilihan awal bagi kejohanan antarabangsa akan datang, termasuk Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia 2026.
Kejohanan Boling Tenpin Antara Negeri ke-36 yang bermula secara rasminya semalam berlangsung di Sunway Mega Lane, Sunway Pyramid.
Lebih 300 atlet mengambil bahagian, merangkumi acara perseorangan, beregu, trio dan berpasukan.