KUALA LUMPUR, 28 September - Kekuatan benteng pertahanan menjadi kunci kejayaan Kuala Lumpur City FC (KL City) ketika menewaskan Terengganu FC (TFC),1-0 dalam aksi Liga Super malam tadi.
Perkara itu dinyatakan Ketua jurulatih KL City, Risto Vidakovic.
Beliau berkata, semua pemain turut menampilkan aksi cemerlang sekali gus membantu skuad The City Boys mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga.
“Kami memiliki pertahanan yang baik, malah seluruh pasukan turut terlibat dalam bertahan. Saya fikir itu adalah kunci utama,” katanya.
Ketika mengulas mengenai aksi menentang Melaka FC di Stadium Hang Jebat pada 4 Oktober ini, Risto berkata persiapan lebih rapi perlu dilakukan.
Sementara itu, pengendali TFC, Badrul Afzan Razali mengakui pasukannya perlu menjadikan kekalahan kepada KL City FC sebagai pengajaran untuk segera bangkit.
"Kita tengok pada separuh masa pertama, kita dapat memberi tentangan pada pasukan KL. Apa pun pemain kena bangkit untuk perlawanan bertemu dengan Kelantan The Real Warrior," katanya.