fb fb fb fb fb

MSBK 2022: Kejutan Azroy di Sepang

SEPANG, 4 September- Perlumbaan pusingan kedua Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) 2022.

Pelumba Boon Siew Honda Racing Team, Azroy Hakeem Anuar mencipta impak pantas dalam penampilan sulung kategori 1000cc selepas menguasai perlumbaan pertama di Litar Antarabangasa Sepang, SIC.

Azroy berjaya mengenepikan nama besar lain termasuk Kasma Daniel Kasmayudin dan Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan perlumbaan masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.

(Azroy Hakeem Anuar)

Bermula di petak pertama, pelumba berusia 23 itu bagaimanapun dipintas Azlan Shah dan Zaqhwan Zaidi seawal selekoh pertama.

Azroy bagaimanapun kembali merampas kedudukan pendahulu pada pusingan ke-5 dan menamatkan perlumbaan 0.880 saat di depan Kasma Daniel.

"Saya tidak jangka saya boleh habiskan race di atas podium, menang pulak, saya ingat saya nak sekurang-kurangnya berjuang dalam kelompok mereka, untuk pengalaman pertama.

"Tapi syukur alhamdulillah dan kalau boleh saya nak kekalkan momentum ini," kata Azroy ketika ditemui wartawan, di sini.

Azroy sebelum ini bersaing dalam kancah 600cc pada pusingan pertama. Perlumbaan seterusnya akan berlangsung hari ini.

Media Baharu