fb fb fb fb fb

MotoGP Malaysia 2022: Azroy azam manfaatkan peluang jika terpilih untuk beraksi

(Kasma Daniel Kasmayudin, Azroy Hakeem Anuar dan Khairul Idham Pawi akan mewakili
Malaysia ke Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia sebagai pelumba
Wildcard Moto2/ Foto FB Malaysian Cub Prix)

SEPANG, 8 Oktober - Pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar akan memanfaatkan peluang jika terpilih beraksi di kategori Moto2 bagi Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2022 menerusi program pelumba 'wild card'.

Selain Azroy, dua pelumba negara yang tersenarai ialah Kasma Daniel Kasmayudin dan Khairul Idham Pawi.

Jelas Azroy, jika terpilih, ia merupakan kali pertama beliau akan beraksi pada perlumbaan yang dijadualkan berlangsung pada 23 Oktober ini.

"Pastinya memang mencabarlah, setiap hujung minggu ada perlumbaan dekat setiap negara, saya pula berlumba di peringkat Asia, tiba-tiba nak beralih ke peringkat Eropah pula, memang lain lah tahap di situ tapi yang pasti saya akan cuba kecilkan jurang itu," kata beliau ketika ditemui Berita RTM selepas perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini hari ini.


(Foto fail)

"Mereka cuma dedahkan untuk pelumba 'wild card' tapi masih membuat keputusan kerana cuma dua pelumba sahaja yang akan terpilih, apa yang saya tahu, cuma dapat tahu, saya akan berlumba di 'wild card' dan untuk dua pelumba lagi," menurut Kasma Daniel.

Ketika ini seorang lagi pelumba negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok yang telah sah beraksi di Moto3 nanti.

Media Baharu