(Foto Twitter Battushig Batbold)
TASHKENT, 8 Oktober- Rafaela Silva dari Brazil dan Tsogtbaatar Tsend-Ochir dari Mongolia memecahkan dominasi Jepun dalam Kejohanan Judo Dunia dengan memenangi pingat emas masing-masing dalam kategori 57 kilogram dan 73 kilogram.
Silva, 30, memenangi pertarungan akhir menerusi waza-ari menentang etlet Jepun, Haruka Funakubo, 23, bagi merangkul pingat emas kedua sembilan tahun selepas gelaran dunia pertamanya.
Atlet judo wanita Brazil itu kembali bertanding lewat tahun lalu selepas digantung selama dua tahun disebabkan kesalahan doping.
Dia tidak dapat mempertahankan kejuaraan Olimpiknya di Tokyo tahun lepas.
Dalam satu lagi pertarungan akhir Tsend-Ochir, 26, menewaskan juara dunia 2017, Soichi Hachimoto dari Jepun dalam kategori 73 kilogram lelaki.
Dia juga menang menerusi waza-ari tetapi dalam masa tambahan. Jepun telah memenangi empat gelaran pertama dalam pertandingan tahun ini. -AFP
(Rafaela Silva dari Brazil dan Tsogtbaatar Tsend-Ochir dari Mongolia memecahkan dominasi
Jepun dalam Kejohanan Judo Dunia dengan memenangi pingat emas masing-masing dalam
kategori 57 kilogram dan 73 kilogram/Foto Twitter Judo BC)