fb fb fb fb fb

Montpellier pecat Pitau

(Romain Pitau ketika mengendalikan Montpellier / REUTERS)

PARIS, 8 Februari- Kelab bola sepak Perancis, Montpellier telah memecat jurulatih Romain Pitau selepas hanya mengendalikan pasukan  itu kurang daripada empat bulan.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata Pitau dan pembantunya Pascal Baills dan Frederic Mendy telah "digantung sementara",  atau dengan erti kata lain,  jurulatih itu tidak akan kembali ke jawatannya.

Pitau berusia 45 tahun, yang pernah bermain dalam pasukan Montpellier memenangi kejuaraan Ligue 1 pada 2012,  mengambil alih pasukan pada penghujung Oktober berikutan pemecatan Olivier Dall'Oglio.

Dia meninggalkan kelab itu hanya dua mata di atas zon penyingkiran dalam liga utama Perancis berikutan kekalahan 0-2 pada aksi hujung minggu lalu di Strasbourg.

Pitau hanya menang dua kali dan tewas tujuh daripada 11 perlawanan liganya ketika mengendalikan Montpellier dan jtidak terkecuali, tersingkir daripada aksi Piala Perancis selepas kalah kepada pasukan divisyen dua Pau.

Kelab itu dijangka mengumumkan penggantinya pada sidang media pada petang Rabu. -AFP


(Romain Pitau ketika mengendalikan Montpellier / REUTERS)

Media Baharu