MANCHESTER, 8 Februari-Pengurus Manchester United, Erik ten Hag meletakkan kepercayaan kepada para pemainnya, Anthony Martial dan Wout Weghorst di bahagian serangan susulan masalah kecederaan dan prestasi yang melanda pasukan berkenaan.
Martial sebelum ini diketepikan ekoran mengalami kecederaan panjang bakal diturunkan dalam pertemuan menentang Leeds United di Old Trafford Rabu ini.
Pemain Perancis itu hanya membuat 14 penampilan bersama Manchester United dan tidak bermain dalam perlawanan penuh setakat ini.
Martial dipinjamkan secara pinjaman ke Sevilla musim lalu namun gagal menyinar di kelab berkenaan akibat kecederaan yang dialaminya.
Kecederaan tersebut tidak menghalang Ten Hag bagi mengekalkan pemain berusia 27 tahun itu dan bertindak memberi peluang sekali lagi kepada pemain berkenaan bagi membuktikan kemampuannya.
"Saya melihat daripada sudut yang lain.Dia tidak bermain penuh buat pasukan. Namun setiap kali diberi peluang dia membri impak besar kepada pasukan", ujar Ten Hag kepada pemberita.
Sementara itu, Wout Weghorst pemain yang dibawa masuk secara pinjaman ketika jendela perpindahan bulan lalu dilihat masih tercari-cari rentak bagi menyesuaikan diri dengan pasukan berkenaan,
Setakat ini, Weghorst hanya menjaringkan satu gol dalam enam penampilan bersama 'Red Devils'.
Ten Hag mengakui Weghorst melakukan tugasnya dengan baik dan membandingkan pemain itu dengan Marcus Rashford yang dilihat bergelut sebelum memperagakan aksi terbaiknya buat Manchester United dan England.
"Gerakan bertahannya (Weghorst) sangat baik. Dia seorang pemain yang membuatkan rakan sepasukan bermain dengan baik. Dia mencipta ruang dan sumbangan didalam kotak penalti", tambah Ten Hag.
Manchester United kini berada di kedudukan ketiga liga dengan 42 mata dan berpeluang mengejar kedudukan Machester City ditangga kedua liga.-AFP
(Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag/FOTO AFP)