fb fb fb fb fb

Pakar pukulan sudut penalti bantu tingkat keupayaan skuad hoki remaja

BUKIT JALIL, 8 Februari- Beberapa pakar pukulan sudut penalti telah dikenal pasti bagi melatih pemain Malaysia yang bakal beraksi dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 pada bulan Disember.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KMH), Datuk Seri Subahan Kamal berkata beberapa perlawanan persahabatan juga diatur sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu.

"Selepas mereka mengambil bahagian dalam Liga Hoki Kebangsaan yang akan bermula pada 9 haribulan dan selepas itu bulan puasa kita merancang untuk mereka sama ada menjemput pasukan negara luar datang ke sini ataupun pasukan perlu keluar bermain. Kita memerlukan sebanyak mungkin kejohanan kompetitif," kata Subahan selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KMH dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.

KHM meletakkan sasaran ke separuh akhir memandangkan Malaysia merupakan tuan rumah bagi kejohanan edisi ke-15 itu.

Mengenai persediaan skuad senior negara menghadapi Sukan Asia 2023 yang akan berlangsung pada September, Subahan berkata beberapa perlawanan pemanas badan dengan pasukan luar akan diadakan.

(Datuk Seri Subahan selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja MHC dengan Majlis Sukan
Negara)

Media Baharu