TANGIER, 8 Februari-Kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan juara Amerika Selatan, Flamengo 3-2.
Pada aksi separuh akhir itu, Al Hilal beraksi dengan baik apabila bijak memanfaatkan peluang untuk mendapatkan jaringan.
Dua gol Al Hilal dijaringkan oleh Salem Al Dawsari hasil sepakan penalti pada minit keempat dan minit ke-45.
Satu lagi jaringan kelab Arab Saudi itu diperoleh menerusi Luciano Vietto pada minit ke-70.
Dalam pada itu, dua gol Flamengo hanya mampu diperoleh menerusi Pedro pada minit ke-20 dan ketika masa tambahan.
Al Hilal kini menjadi kelab dari Arab Saudi pertama berjaya melangkah ke saingan akhir kejohanan tersebut.
Pada aksi final nanti, pasukan itu bakal bertemu pemenang dalam satu lagi separuh akhir melibatkan Real Madrid menentang Al Ahly.-AFP
(Pemain dan pegawai Kelab Al-Hilal meraikan kejayaan mara ke final Piala Dunia Kelab
/FOTO AFP)