fb fb fb fb fb

Queiroz dilantik Ketua jurulatih baharu Qatar

(FOTO AFP)

DOHA, 8 Februari-Qatar pada Isnin menamakan Carlos Queiroz sebagai ketua jurulatih baharunya sehingga tamat Piala Dunia 2026.

Perkara itu diumum Persatuan Bola Sepak Qatar.

Queiroz yang berusia 69 tahun sebelum ini merupakan pengendali pasukan Iran.

Namun beliau meninggalkan skuad berkenaan selepas Iran tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2022.

Queiroz mengisi kekosongan Felix Sanchez yang tidak disambung kontrak gara-gara prestasi teruk Qatar dalam kempen Piala Dunia lalu apabila tewas dalam ketiga-tiga perlawanan kumpulan di halaman sendiri.

Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan menjadi penampilan kelima Queiroz.

Beliau sebelum ini juga pernah membimbing Portugal pada Piala Dunia 2010 sebelum membawa Iran ke kejohanan di Brazil, Rusia dan Qatar.-AFP


( Ketua jurulatih Qatar, Carlos Queiroz/FOTO AFP)

Media Baharu