fb fb fb fb fb

Liga Hoki TNB 2023: Negeri Sembilan tawar ganjaran lumayan buat skuad wanita

(FOTO RTM)

SEREMBAN, 8 Februari-Negeri Sembilan bersedia menawarkan ganjaran lumayan kepada pasukan hoki wanita negeri itu sekiranya mencatat kejayaan dalam kejohanan Liga Hoki TNB Malaysia 2023 yang bermula esok.

Presiden Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah ganjaran itu hanya akan diputuskan berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan dalam setiap perlawanan.

"Memang kita merancang menjemput pasukan bukan sahaja tempatan tetapi juga luar negara bagi memulihkan kembali sukan hoki. Kita berharap ini permulaan baharu dan kita akan sentiasa anjurkan pertandingan hoki peringkat antarabangsa walaupun berskala besar", ujarnya pada majlis memperkenalkan pemain pasukan hoki wanita negeri itu di Klana Resort, disini malam tadi.

Skuad hoki wanita Negeri Sembilan bakal menentang KPT-Uniten Thunderbolts dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada pukul 6 petang esok bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil.


(Presiden Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS), Datuk Seri Aminuddin Harun
/FOTO RTM)

Media Baharu