fb fb fb fb fb

Rally of Asahan, 20 pasukan akan berentap

Exco Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan

JALAN TAMING SARI, 20 Disember- 20 pasukan akan berentap dalam perlumbaan kereta pada Kejohanan Rally of Asahan selama dua hari bermula esok.
 
Acara disertai pasukan dari dalam dan luar negara termasuk India dan Indonesia dengan jarak keseluruhan perlumbaan 100 kilometer (km).

Menurut Exco negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, perlumbaan akan berlangsung di Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh dan Estet Nyalas, Kampung Gubah, Asahan.
 
"Jadi, saya selaku tuan rumah DUN Asahan ini, berasa bangga kerana persetujuan daripada MAM dan juga MIRC untuk bersama-sama menganjurkan kejohanan ini di Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Insya-Allah, sekiranya berjaya pada tahun ini kita akan teruskan pada tahun mendatang," kata Datuk Fairul kepada pemberita, hari ini.

Beliau yang juga ADUN Asahan berkata, sebanyak sembilan ‘Special Stages (SS)’ disusun di sepanjang lokasi perlumbaan.
 
Laluan mencabar itu akan membawa peserta melihat panorama alam sekitar Asahan. 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM