KUALA LUMPUR, 20 Disember- Kelebihan 2-0 yang dimiliki tidak boleh membuatkan Terengganu FC (TFC) terlalu yakin menjelang perlawanan suku akhir kedua saingan Piala Malaysia.
TFC bakal berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.
Pengendali skuad Penyu, Badrul Afzan Razali berkata, pada masa sama anak buahnya juga perlu bersedia kemungkinan terpaksa beraksi dalam keadaan cuaca buruk memandangkan musim Monsun Timur Laut masih belum berakhir.
Badrul turut berharap, penjaga golnya, Muhammad Rahadiazli Rahalim dapat bermain dengan baik bagi memastikan mereka tidak berputih mata.
Pada masa sama, bekas pemain tengah TFC itu turut berharap dua jentera serangan Nelson Bonilla dan Ismaheel Akinade mampu lebih tajam melakukan serangan ke arah gawang lawan.
Tambahnya, untuk aksi timbal balik ini, beliau masih kekalkan kesebelasan utama ketika perlawanan pertama.
Barisan pemain juga berada dalam keadaan terbaik kecuali Suhaimi Husin yang alami kecederaan lutut.