fb fb fb fb fb

MOM tambah lima elemen kelayakan atlet, perkuat kontinjen ke Sukan Asia Kemboja

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Majlis Olimpik Malaysia(MOM) akan menambah lima lagi elemen kelayakan atlet bagi memantapkan kontinjen negara dalam sukan Asia Kemboja 2023.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan keputusan berkenaan telah dimuktamadkan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang diadakan hari ini.

Beliau juga memaklumkan ahli jawatan kuasa bersetuju bagi mengekalkan kriteria pemilihan atlet berpandukan kriteria A dan B.

"Bagi kategori A atlet perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam rangking Asia Tenggara, manakala dalam acara berpasukan, sebuah pas ukan perlu berada di kedudukan empat teratas dalam rangking Asia Tenggara untuk dipertimbangkan.


(Presiden Majlis Olimpik Malaysia,Tan Sri Mohamad Norza Zakaria)

"Bagi kategori B, atlet perlu berada di kedudukan enam teratas untuk dipertimbangkan", katanya.

Beliau menyatakan perkara itu selepas mesyuarat ahli jawatankuasa Majlis Olimpik Malaysia di ibu negara.

Tambah beliau, dalam mesyuarat berkenaan juga telah dilihat secara kasar skuad negara akan kehilangan 12 pingat emas daripada 37 acara sukan. Ini berikutan kebanyakan sukan yang dipertandingkan di Sukan Sea Hanoi tidak dianjurkan Sukan Asia Kemboja nanti.

Media Baharu