fb fb fb fb fb

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2022 ditangguhkan susulan pembubaran Parlimen

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Kesatuan Ragbi Malaysia hari ini memaklumkan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2022 terpaksa ditangguhkan pada tarikh lain susulan pengumuman pembubaran Parlimen semalam.

Pengarah Kejohanan Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (MR), Fahmy Jalil menyatakan keputusan itu dibuat kerana menunggu tarikh pilihanraya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan kejohanan itu akan tetap berlangsung pada tahun ini walaupun menghadapi cuaca buruk dan mengambil kira faktor lain.

"Piala Agong tetap akan dijalankan juga walaupun ambil kira dengan keadaan cuaca yang diramalkan yang akan berlaku dalam hujung tahun ini dan kita ambil kira dari segi teknikal dan juga pasukan persiapan pasukan dan kita tetap akan jalankan Piala Agong ini," kata beliau ketika ditemu bual media, di sini hari ini.


(Pengarah Kejohanan Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia (MR), Fahmy Jalil)

Kejohanan Ragbi Piala Agong itu sepatutnya berlangsung pada 22 Oktober hingga 26 November ini.

Fahmy juga memaklumkan dua pasukan yang terdiri dari kategori lelaki dan wanita akan menghadapi tiga siri perlawanan di Thailand, Korea Selatan dan Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula minggu hadapan.

Inisiatif berkenaan selepas Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan syarat kelayakan untuk menyertai Sukan Asia di China tahun hadapan, di mana antaranya adalah pasukan yang layak perlu menduduki rangking keenam Asia.

Media Baharu