fb fb fb fb fb

MLS perlu tarik bintang dunia untuk berkembang

Presiden FIFA, Gianni Infantino/ Foto Reuters

LOS ANGELES, 7 Mei - Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino berkata 'Major League Soccer' (MLS) perlu menandatangani lebih ramai pemain bertaraf bintang dalam usaha meningkatkan profil sukan berkenaan di Amerika Syarikat (AS), katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

Infantino turut menjelaskan dia telah memberitahu para pegawai pengurusan MLS baru-baru ini bagi membawa masuk pemain-pemain terbaik dunia yang mampu membawa sukan bola sepak ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya memberitahu bahawa mereka perlu lebih berani bagi membawa masuk para pemain terbaik duni", kata Infantino pada satu sidang media di Institut Milken.

Tambah Infantino, kemampuan Inter Miami membawa masuk bintang berpengaruh seperti Lionel Messi selain turut menandatangani beberapa pemain seperti Luis Suarez dan Sergio Busquets membuktikan permintaan terhadap pemain bertaraf dunia oleh para peminat di AS.

Infantino turut berkata membawa bintang-bintang ternama akan menyuburkan hasil di peringkat akar umbi selain menggalakkan para pemain muda untuk percaya bahawa mereka boleh menempa kejayaan dalam bola sepak.

"Kami perlu melabur dalam pemain kerana kami ingin menunjukkan kepada kanak-kanak yang bermain bola sepak di sekolah atau ketika mereka masih sangat muda, bahawa ada jalan dalam sukan ini untuk menjadi salah seorang bintang bola sepak dunia.

kami perlu melabur dalam pemain kerana kami ingin menunjukkan kepada anak-anak yang bermain bola sepak ketika mereka di sekolah atau ketika mereka masih sangat muda, bahawa ada jalan dalam bola sepak menuju kegemilangan untuk menjadi salah seorang bintang dunia ini.

"Ini yang mungkin mereka belum nampak lagi. Mereka melihatnya dalam bola keranjang, bola sepak Amerika, (NFL) dalam besbol dan hoki ais. Tetapi dalam bola sepak, ia masih agak jauh. Anda perlu pergi ke Eropah", kata Infantino.-AFP

"Ini yang mungkin mereka belum nampak lagi. Mereka melihatnya dalam bola keranjang, bola sepak Amerika, dalam besbol dan hoki ais. Tetapi dalam bola sepak, ia masih agak jauh. Anda perlu pergi ke Eropah", katanya.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD