KUALA LUMPUR, 13 Jun-Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.
Pada majlis berkenaan menyaksikan jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah dinobatkan sebagai Olahragawan kebangsaan kali ini.
Atlet berusia 51 tahun itu dinobatkan setelah merangkul gelaran juara pada kejohanan dunia bina badan dan fizik di Korea Selatan November lalu.
Manakala Olahragawati menjadi milik atlet Tenpin Boling, Natasha Mohamed Roslan yang merangkul gelaran juara dunia pada kejohanan di Kuwait Oktober lalu.
Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu bagi kategori atlet para jaguh angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin sebagai Olahragawan negara
Olahragawati dinobatkan kepada atlet para berbasikal, Nur Suraiya Muhammad Zamri dan Farina Shawati Mohd Adnan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyampaikan anugerah bagi Olahragawan dan Olahragawati Para.